ABC GOLD

MENYEMPURNAKAN IBADAH

1. Ibadah Asas (Fardhu/Wajib)
I. Menyempurnakan Iman (Kalimah Iman)
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
"Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah."
Surah Muhammad : 19
أَفْضَلُ الذِّكْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
"Zikir yang paling utama adalah La ilaha illallah."
HR. Tirmidzi No. 3383
II. Solat Fardhu
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
"Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat."
Surah Al-Baqarah : 43
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
"Perbezaan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat."
HR. Muslim No. 82
III. Puasa Ramadhan
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa."
Surah Al-Baqarah : 183
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu."
HR. Bukhari No. 38
IV. Zakat
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا
"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka."
Surah At-Taubah : 103
مَنْ أَدَّى زَكَاةَ مَالِهِ فَقَدْ ذَهَبَ عَنْهُ شَرُّهُ
"Sesiapa menunaikan zakat hartanya, maka hilanglah keburukan daripadanya."
HR. Tabrani No. 1579
V. Haji & Umrah (Pertama)
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
"Dan mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang mampu."
Surah Ali-Imran : 97
الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا
"Satu umrah ke umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya."
HR. Bukhari No. 1773
2. Ibadah Sunat (Tambahan)
I. 3 Proses Menyempurnakan Iman
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى
"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka."
Surah Muhammad : 17
وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ
"Hamba-Ku yang sentiasa mendekatkan diri dengan amalan sunat sehingga Aku mencintainya."
HR. Bukhari No. 6502
II. Solat-Solat Sunat
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ
"Dan pada sebahagian malam, bertahajjudlah sebagai ibadah tambahan."
Surah Al-Isra' : 79
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
"Sesiapa solat sunat 12 rakaat sehari semalam, akan dibina baginya rumah di syurga."
HR. Muslim No. 728
III. Puasa-Puasa Sunat
وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ
"Dan berpuasa itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
Surah Al-Baqarah : 184
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
"Amalan dibentangkan pada hari Isnin & Khamis, dan aku suka amalku dibentangkan ketika aku berpuasa."
HR. Tirmidzi No. 747
IV. Waqaf, Sedekah, Infaq & Hibah
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ
"Sesiapa meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Allah akan melipatgandakannya."
Surah Al-Baqarah : 245
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
"Bila manusia mati, terputus amalnya kecuali tiga perkara, antaranya sedekah jariah."
HR. Muslim No. 1631
V. Haji & Umrah (Kali ke-2 & seterusnya)
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
"Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah."
Surah Al-Baqarah : 196
تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ
"Ikutilah antara Haji dan Umrah, kerana keduanya menghilangkan kefakiran."
HR. Tirmidzi No. 810
3. Ibadah Umum (Dominan 24 Jam)
1. Niat Yang Betul
وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya."
Surah Al-Bayyinah: 5
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatnya."
HR. Bukhari No. 1
2. Kerja Yang Betul
وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ ٱلْخَبَـٰٓئِثَ
"Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan segala yang buruk."
Surah Al-A'raf: 157
طَلَبُ الْحَلَالِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
"Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap Muslim."
HR. Tabrani
3. Tujuan Yang Betul
وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْـَٔاخِرَةَ
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat."
Surah Al-Qashash: 77
نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ
"Sebaik-baik harta yang soleh (halal) adalah yang berada di tangan orang yang soleh."
HR. Ahmad No. 17763
4. Optimum & Maksimum
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha."
Surah Al-Insyirah: 7
إِنَّ اللَّهَ يُحِبّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ
"Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila bekerja, dia melakukannya dengan tekun (Itqan)."
HR. Baihaqi
5. Laksana Ibadah Asas & Sunat
رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَـٰرَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ
"Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah."
Surah An-Nur: 37
مَنْ شَغَلَهُ عَمَلُهُ عَنْ صَلَاتِهِ فَهُوَ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Barangsiapa yang disibukkan oleh pekerjaannya sehingga meninggalkan solatnya, dia termasuk orang yang rugi."
HR. Tabrani
6. Natijah Dunia Akhirat
رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ حَسَنَةً
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat."
Surah Al-Baqarah : 201
الدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الآخِرَةِ
"Dunia adalah ladang (tempat menanam) untuk akhirat."
Al-Hadis

Peringatan Rezeki Haram

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقْنَـٰكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu."
Surah Al-Baqarah : 172
وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
"Sedangkan makannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan perutnya dikenyangkan dengan harta yang haram... maka bagaimana doanya akan dikabulkan?"
HR. Muslim No. 1015

Sertai perjuangan ekonomi ummah yang diberkati bersama kami.

Sempurnakan Muamalah Sekarang