Terma & Syarat Sahabat Mall
Selamat datang ke ekosistem ekonomi ABC BIZ CLUB. Untuk memastikan keharmonian dan kualiti perniagaan, semua peniaga (Sahabat) wajib mematuhi syarat berikut:
1. Status Keahlian
- Hanya ahli berdaftar di bawah rangkaian ABC GOLD layak membuka kedai online.
- Peniaga wajib mempunyai akaun aktif dan profil yang lengkap (Nama, No. Telefon & Maklumat Bank/TNG).
2. Kualiti Produk
- Semua produk yang disenaraikan mestilah Halalan Toyyiban dan tidak menyalahi undang-undang Malaysia.
- Gambar produk mestilah jelas dan deskripsi produk mestilah tepat (Tiada unsur penipuan).
- Admin berhak memadam atau menolak (Reject) produk yang diragui kualitinya.
INFO KOMISYEN: Setiap jualan yang berjaya akan dikenakan caj perkhidmatan sistem (SST/Platform Fee) mengikut ketetapan semasa pihak pengurusan ABC GOLD.
3. Pengurusan Pesanan
- Peniaga wajib mengemaskini status penghantaran dalam tempoh 48 jam selepas pesanan diterima.
- Sebarang kelewatan tanpa alasan munasabah boleh menyebabkan kedai digantung (Suspend).
4. Etika Perniagaan
- Dilarang sama sekali mempromosikan produk pesaing (Direct Competitor) kepada emas ABC GOLD di dalam platform ini.
- Peniaga wajib memberikan layanan yang sopan dan profesional kepada semua pelanggan Mall.